Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran (CETL) telah menganjurkan Anugerah Rekabentuk Inovasi Pengajaran Pembelajaran Tahun 2025 pada 12 Disember 2025 bertempat di Launge Eksekutif, Aras 6 Bangunan Canselori USIM. Anugerah Reka Bentuk Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran USIM ini disasarkan akan menjadi acara tahunan dalam usaha menyemarakkan budaya inovasi dan menghargai inisiatif berimpak tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran di USIM. Anugerah ini asalnya dikenali sebagai Anugerah e-Pembelajaran USIM. Bermula tahun 2025, CETL telah memperkemas semula Anugerah e-Pembelajaran USIM agar selaras dengan kriteria penilaian Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Tinggi: Reka Bentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif (AKRI).
Permohonan telah dibuka bermula pada 1 Ogos 2025 dan telah ditutup pada 31 Oktober 2025. Proses penjurian pula telah dijalankan oleh panel juri yang dilantik bermula 18 November sehingga 1 Disember 2025. Sejumlah tujuh (7) kumpulan telah menghantar permohonan melibatkan 16 orang ketua dan ahli kumpulan daripada pelbagai bidang seperti ilmu hadis, edutainment, falak, pergigian dan sains teknologi.
Senarai Pemenang Mengikut Kategori:
Program Pengajian Inovatif – SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (TEKNOLOGI KIMIA INDUSTRI) / FST
Pengajaran Transformatif – PROF. MADYA DR. NOOR DZUHAIDAH OSMAN / FSU
Pentaksiran Alternatif – DR. MAZIAHTUSIMA ISHAK / FPBU
Pengalaman Pembelajaran Imersif (Bersemuka) – DR. A. IRWAN SANTERI DOLL KAWAID / FPQS
Kategori Pengalaman Pembelajaran Imersif (Teradun) – (i) PROF. MADYA DR. NUR HUDA FAUJAN / FST
Kategori Pengalaman Pembelajaran Imersif (Teradun) – (ii) DR. NURHAFIZAH MOHD. SUKOR & PROF. DR. KHAIRUL ANWAR @ JOHARI MASTOR / FKP
Kategori Pengalaman Pembelajaran Imersif (Teradun) – (iii) DR. DIANA MD ZAHID / FPg
Senarai penuh permohonan: https://cetl.usim.edu.my/anugerahinvoasipdp
Layari laman Facebook e-Gallery USIM untuk gambar program: https://www.facebook.com/media/set/?vanity=USIM.eGallery&set=a.1452905713503356
