Bahagian Inovasi dan e-Pembelajaran (BIeP) telah menganjurkan sesi pitching AKRI peringkat USIM pada 24 September 2026 (Khamis) di Bilik Mesyuarat CETL, Aras 3 FPSK, melibatkan 5 kumpulan calon (pitching melibatkan kategori yang mempunyai lebih daripada satu pencalonan sahaja). Objektif sesi ini adalah untuk memberi ruang kepada peserta membentangkan produk inovasi pengajaran dan pembelajaran mengikut kategori yang dipilih, sebelum disaring dan dipilih sebagai wakil USIM ke anugerah berkenaan. Pembentangan dinilai berdasarkan rasional, pendekatan atau kaedah pengajaran, keterlibatan pelajar, dan impak atau keberkesanan.

Senarai ketua kumpulan dan tajuk calon peserta bagi kesemua kategori adalah seperti mana berikut:

KATEGORI: Kurikulum Program Pengajian Inovatif

  1. Dr. Sofina Tamam (FST)
    Sarjana Muda Teknologi Industri Kesihatan dengan Kepujian

KATEGORI: Pengajaran Transformatif

  1. Prof. Madya Dr. Mohamed Akhiruddin Ibrahim (FPQS)
    QuranAstro: Ekosistem Pembelajaran Digital Interaktif untuk Transformasi Pengajaran Tafsir Ilmi melalui Integrasi al-Quran, Astronomi dan Kecerdasan Buatan (AI)
  2. Dr. Noor Azura Mat Said (FPSK)
    CRiSM e-SULAM, A Guideline for Future Medical Doctors: Understanding Self, Serving Society
  3. Prof. Madya Dr. Noor Dzuhaidah Osman (FSU)
    From Theory To Practice: Transformative Teaching Of Civil Procedure

KATEGORI: Pentaksiran Alternatif

  1. Prof. Madya Dr. Sakinah Ali Pitchay (FST)
    PIMPIN: Pentaksiran Impak, Masyarakat dan Kepimpinan Inklusif Melalui AI-Cyber Hasanat

KATEGORI: Pengalaman Pembelajaran Imersif Teradun (Bersemuka)

  1. Dr. Izza Arsyika Abdul Rahim (FPSK)
    DigiSCRIBE: Digital Smart Clinical Reasoning Innovative Brainstorming Experience
  2. Dr. Kartini Binti Kamaruzzaman (FKP)
    AEN3183 Dakwah Elektronik dan Kempen Kategori: Pengalaman Pembelajaran Imersif Bersemuka
  3. Profesor Madya Dr. Azira Khalil (FST)
    MedTech360: Ekosistem Pembelajaran Imersif Bersepadu dalam Melahirkan Inovator Penjagaan Kesihatan Masa Hadapan

KATEGORI: Pengalaman Pembelajaran Imersif Maya

  1. Tiada Permohonan

KATEGORI: Pengalaman Pembelajaran Imersif Teradun

  1. Dr. A. Irwan Santeri Bin Doll Kawaid (FPQS)
    i-Takhrij: Aplikasi Pengurusan Tugasan Takhrij

 

Senarai juri adalah seperti mana berikut:

  1. Prof. Madya ChM. Dr. Siti Salhah Othman, Pengarah CETL
  2. Prof. Madya Dr. Najwa Hayaati Mohd Alwi, Timbalan Pengarah BIeP, CETL
  3. Prof. Madya Dr. Sakinah Ali Pitchay, Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi