Bahagian Latihan dan Pembudayaan Akademik (BLPA) CETL telah menganjurkan Siri Latihan CETL Bil.9/2026: Kursus Personal Tutelage pada 8 September 2026 (Selasa) bertempat di Executive Lounge, Aras 6, Bangunan Canselori. Program ini merupakan inisiatif rasmi USIM yang menekankan peranan staf akademik bukan sekadar sebagai pensyarah, tetapi sebagai Murabbi – pembimbing pelajar dari sudut akademik, sahsiah dan pembangunan kerjaya secara holistik. Kursus ini dibangunkan bagi memperkasa kefahaman dan kemahiran staf akademik dalam mengendalikan sesi bimbingan personal secara profesional, berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan nilai Islam.