Bahagian Inovasi dan e-Pembelajaran (BIeP) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Portfolio AKRI calon USIM Bil.1/2026 dan Bil.2/2026 pada 5 Oktober 2026 (Isnin) dan 8 Oktober 2026 (Khamis) di Executive Lounge, Aras 6, Bangunan Canselori. Tujuan bengkel ini adalah untuk memberi ruang untuk penyediaan portfolio AKRI mengikut ketetapan dan keperluan anugerah, selain menyediakan bantuan dan sokongan teknikal bagi penyediaan grafik dan video yang berkaitan.
