Anugerah Akademik Negara (AAN) adalah wadah bagi megiktiraf dan menyanjung ahli akademik negara yang telah mengharumkan nama Malaysia dalam pelbagai bidang ilmu.

Maklumat lanjut mengenai AAN ke-17 boleh di rujuk di laman web jpt.mohe.gov.my/aan/

Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran (CETL) mengalu-alukan semua warga akademik USIM untuk mengemukakan permohonan pencalonan ke AAN.

Pencalonan di peringkat USIM boleh dikemukakan melalui borang di bawah.

  1. Anugerah Tokoh Akademik Negara
  2. Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal
  3. Anugerah Penerbitan Buku
  4. Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk
  5. Anugerah Seni dan Kreativiti
  6. Anugerah Pengajaran
  7. Anugerah Ahli Akademik Harapan

TAHUN 2026

Tekan untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi Pemenang AAN tahun 2025
Senarai Penerima AAN Ke-16

Tahniah diucapkan kepada peserta yang telah terpilih mewakili USIM bagi tahun 2025 seperti senarai di bawah:

Para sarjana Malaysia telah mengharumkan nama negara melalui pelbagai pencapaian yang cemerlang dalam penyelidikan dan penerbitan yang berimpak tinggi, penghasilan karya asli yang bermutu, karya seni dan kreativiti terbaik, pengkomersialan produk penyelidikan dan pengajaran yang cemerlang. Justeru, mulai tahun 2006 Kementerian telah memperkenalkan sebuah anugerah tertinggi kesarjanaan yang dikenali sebagai Anugerah Akademik Negara (AAN) yang mengiktiraf secara menyeluruh kejayaan para sarjana Malaysia.

AAN adalah wadah bagi mengiktiraf dan menyanjung ahli akademik negara yang telah mengharumkan nama Malaysia dalam pelbagai bidang ilmu. Sehubungan itu, pemberian anugerah ini adalah pengiktirafan tertinggi khusus untuk para sarjana Malaysia yang sedang atau pernah berkhidmat di IPT Malaysia berdasarkan sumbangan mereka dalam bidang berikut :

  • Pengajaran
  • Penemuan ilmu
  • Penulisan dan penerbitan ilmiah dan kreatif
  • Pemindahan dan pengembangan ilmu

Rujuk pegawai BDIINDA CETL di alamat e-mel fadzwan@usim.edu.my untuk sebarang pertanyaan lanjut

 

Tarikh Tindakan
12 Jun 2026 (Jumaat) Hebahan infoPro Jemputan ke Taklimat Pembukaan AAN
15 Jun 2026 (Isnin) Taklimat Pembukaan AAN oleh JPT
15 Jun 2026 (Isnin) Sistem permohonan AAN KPT (SPAKA) mula dibuka
6 Julai 2026 (Isnin) Borang rekod pelawaan AAN peringkat USIM dibuka
13 Julai 2026 (Isnin) Tarikh tutup borang rekod pelawaan AAN peringkat USIM (@5:00pm)
14 Julai 2026 (Selasa) Mesyuarat pengesahan calon USIM ke AAN (Peringkat CETL)
15 Julai 2026 (Rabu) Mesyuarat pengesahan calon USIM ke AAN (Peringkat NC)
17 Julai 2026 (Jumaat) Taklimat AAN peringkat USIM
17 Julai 2026 (Jumaat) Calon melengkapkan borang melalui sistem AAN KPT (SPAKA)
10 Ogos 2026 (Isnin) Tarikh akhir melengkapkan borang (@5:00pm)
12 Ogos 2026 (Rabu) Pengesahan Naib Canselor melalui sistem AAN KPT (SPAKA)
13 Ogos 2026 (Khamis) Penghantaran dokumen bercetak ke KPT

Tarikh : 15 Jun 2026 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang

Rakaman Taklimat : https://drive.google.com/file/d/1vQU5iiq73PDBPjVVSjS_UFAoLBuHXiKf/view?usp=sharing

Minit Rakaman Atur Cara
40:43 hingga 48:48 Kategori Anugerah Penerbitan Buku taklimat oleh: YBhg. Prof. Datin Dr. Nik Hazlina binti Nik Hussain
40:43 hingga 48:48 Kategori Anugerah Tokoh Akademik Negara taklimat oleh: YBhg. Academician Professor Emeritus Datin Paduka Dr. Khatijah binti Mohd Yusoff
48:50 hingga 1:01:25 Kategori Anugerah Ahli Akademik Harapan taklimat oleh: YBhg. Academician Professor Emeritus Datin Paduka Dr. Khatijah binti Mohd Yusoff
1:09:03 hingga 1:32:00 Kategori Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk taklimat oleh: YBhg. Dato’ Dr. Bugs Tan Yeow Kiang
5. 1:35:54 hingga 2:13:35 Kategori Anugerah Pengajaran taklimat oleh: YM Profesor Dr. Raja Nor Safinas binti Raja Harun
2:13:38 hingga 2:27:58 Kategori Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal, taklimat oleh: YBhg. Prof. Datin Dr. Sherina binti Mohd Sidik
2:28:00 hingga 2:56:46 Taklimat Pembukaan Permohonan Anugerah Akademik Negara ke-17 taklimat oleh YBhg. Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman bin Mohamed, FASc
2:56:51 hingga 3:11:12 Kategori Anugerah Seni dan Kreativiti taklimat oleh: YBrs. Prof. Ts. Dr. Ruslan bin Abdul Rahim
3:12:10 hingga 3:37:20 Taklimat Sistem SPAKA AAN Ke-17 oleh: Pn. Ts. Karmizan Zawawi

Pautan Bahan Manual Pengguna : https://tinyurl.com/BahantaklimatAANKe-17

Klik butang di bawah untuk menonton rakaman sesi taklimat

RAKAMAN MS TEAMS TAKLIMAT AAN USIM 2026

BAHAN RUJUKAN