
Anugerah ini diperkenalkan bertujuan:
- Memberi penghargaan kepada tenaga akademik yang telah melaksanakan pelbagai usaha serta inovasi berimpak tinggi dalam bidang pembelajaran dan pengajaran berdasarkan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli.
- Memastikan penilaian anugerah dan pencalonan di peringkat USIM mencapai tahap serta standard penilaian anugerah peringkat kebangsaan.
- Membantu proses saringan awal calon USIM bagi permohonan Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Tinggi: Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif (AKRI) di peringkat kebangsaan.
Empat (4) kategori utama adalah seperti berikut:
- Program Pengajian Inovatif – penyertaan program pengajian;
- Pengajaran Transformatif – penyertaan individu atau kumpulan;
- Pentaksiran Alternatif – penyertaan individu atau kumpulan;
- Pengalaman Pembelajaran Imersif – penyertaan individu atau kumpulan;
Kategori | Kriteria 1 | Kriteria 2 | Kriteria 3 | Kriteria 4 |
---|---|---|---|---|
Kurikulum Program Pengajian Inovatif | Rasional (10%) | Keterlibatan (20%) | Impak (40%) | Pendekatan (30%) |
Pengajaran Transformatif | Rasional (10%) | Keterlibatan (20%) | Impak (30%) | Kaedah/Teori (40%) |
Pentaksiran Alternatif | Rasional (10%) | Keterlibatan (20%) | Impak (30%) | Pendekatan (40%) |
Pengalaman Pembelajaran Imersif | Rasional (10%) | Keterlibatan (30%) | Impak (30%) | Pendekatan (30%) |
- Permohonan adalah terbuka kepada semua fakulti termasuk jabatan-jabatan akademik;
- Penyertaan permohonan kategori individu atau berkumpulan (team teaching @ sharing course) terbuka kepada semua ahli akademik warganegara dan bukan warganegara yang berkhidmat secara tetap atau kontrak sepenuh masa di USIM;
- Kursus yang ditawarkan perlulah mengguna pakai platform pembelajaran USIM atau kombinasi platform lain yang merangkumi platform USIM;
- Pencalonan mengambil kira kursus yang ditawarkan bermula Semester I, Sesi 2022/2023 (A221) sehingga Semester II, Sesi 2024/2025 (A242);
- Pemohon mendapat purata markah penilaian pengajaran dan pembelajaran (eNilai) sekurang- kurangnya 90% dalam tempoh penilaian kursus berkenaan ditawarkan;
- Pemohon tidak dibenarkan untuk menggunakan bahan yang mempunyai hak cipta di dalam permohonan tanpa sebarang kenyataan yang merujuk kepada pencipta, pemilik hak cipta atau pelaku. Pihak CETL tidak bertanggungjawab atas dakwaan terhadap sebarang pelanggaran berkaitan hak cipta;
- Setiap permohonan hendaklah diperakukan oleh Ketua Jabatan. Sekiranya borang permohonan ditandatangani oleh wakil/pemangkunya, surat penurunan kuasa tersebut perlu disertakan;
- Pemohon dibenarkan untuk mengemukakan permohonan di dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab;
- Pemohon perlu mengambil kira amalan beretika dan pemantauan standard kesaksamaan (equity), kepelbagaian (diversity), dan keterangkuman (inclusion);
- Semua permohonan hendaklah melalui borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang CETL di pautan https://cetl.usim.edu.my/anugerahinvoasipdp;
- Penghantaran penyertaan hendaklah selewatnya pada 12 September 2025 (Jumaat), jam 5:00 petang.
- Setiap penyertaan perlulah menyediakan eBook/Portfolio bertujuan untuk memperjelaskan tentang inovasi yang ingin dipertandingkan.
- eBook/Portfolio Inovasi ini perlulah merangkumi bahan bukti/dokumen sokongan yang akan memperkukuhkan kenyataan inovasi yang dikemukakan dalam borang permohonan (kesemua bukti yang disenaraikan dalam borang permohonan perlu turut disertakan dalam eBook/Portfolio Inovasi);
- Peserta tidak diwajibkan, namun amat digalakkan untuk turut mengemukakan video pengenalan berdurasi maksimum tiga (3) minit (pautan video ini perlu disertakan di bahagian sinopsis borang permohonan);
- Peserta perlu memastikan kesemua pautan yang disertakan pada borang permohonan atau di dalam eBook/Portfolio Inovasi boleh diakses oleh umum (publicly accessible).
- Tekan butang yang disediakan untuk memuat turun syarat khusus bagi setiap kategori.
- Melalui borang pencalonan yang ditetapkan;
- Muat turun borang melalui butang yang disediakan;
- Borang yang lengkap perlu dihantar melalui e-mel ke alamat ahmadfarid@usim.edu.my;
- Penghantaran penyertaan hendaklah selewatnya pada 12 September 2025 (Jumaat), jam 5:00 petang.
- Sijil Anugerah.