Pelaksanaan Pembelajaran Teradun Gantian (Blended Learning Substitute) merupakan gabungan di antara pembelajaran secara konvensional (bersemuka) dan pembelajaran dalam talian. Dalam erti kata lain, sebahagian besar penyampaian (kandungan), perbincangan diadakan dalam talian dan sebahagian perjumpaan secara bersemuka.

Bermula tahun 2025, selepas diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankusa e-Pembelajaran USIM Bil.1/2025 (pada 20 Februari 2025), Kaedah Kelulusan Rangka Kursus bagi Kursus-Kursus Pembelajaran Teradun Gantian (PTG) telah dipinda seperti mana berikut:

Secara rumusan, perkara kritikal adalah melibatkan:

i. Sebelum ini, proses kelulusan penawaran kursus-kursus PTG adalah sehingga peringkat Senat Universiti. Bermula 2025, mana-mana pindaan kepada rangka kursus dengan tujuan untuk penawaran secara PTG hendaklah memastikan pindaan yang dibuat hanya melibatkan kaedah/strategi penyampaian dan penilaian (delivery & assessment) tanpa perubahan pemberat penilaian Hasil Pembelajaran (Course Learning Outcome / CLO).

ii. Pindaan yang dibuat ini seterusnya hanya perlu diusulkan ke peringkat fakulti/pusat untuk tujuan kelulusan, seperti mana yang digariskan oleh pihak Pusat Jaminan Kualiti (CQA) USIM.

iii. Mana-mana pindaan yang dibuat selain daripada kaedah/strategi penyampaian dan penilaian (sama ada untuk tujuan pelaksanaan PTG atau selainnya), perlulah dikemukakan ke Mesyuarat CQI Fakulti/Pusat terlebih dahulu.

iv. Proses ini adalah selaras dengan aktiviti penambahbaikan kursus (termasuk pindaan rangka kursus) seperti yang dinyatakan dalam Prosedur Analisis Pencapaian Pelajar dan Penambahbaikan Kualiti Berterusan Program Pengajian USIM (USIM.PP.17). Prosedur ini menyatakan bahawa aktiviti penambahbaikan kursus perlulah dilaksanakan melalui Mesyuarat CQI Fakulti/Pusat.

Justifikasi proses: Agar kaedah kelulusan rangka kursus bagi kursus-kursus PTG berlaku selaras dengan proses kerja keseluruhan penambahbaikan kualiti berterusan (Continuous Quality Improvement / CQI) di peringkat fakulti/pusat. Sekaligus memastikan tenaga pengajar kursus dan warga fakulti/pusat cakna tentang status PTG kursus masing-masing, selain memastikan peratus keseluruhan PTG di dalam program akademik ditetapkan secara strategik.

Muat Turun Proses Kerja

Rujuk Menu MUAT TURUN di laman sesawang CETL

 Templat pengiraan PTG USIM 

  1. NEW-Table-4-with-Pengiraan-PTG-230710.xlsm