Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Tinggi: Rekabentuk Kurikulum Dan Penyampaian Inovatif (AKRI)

  1. Kurikulum Program Pengajian Inovatif
  2. Pengajaran Transformatif
  3. Pentaksiran Alternatif
  4. Pengalaman Pembelajaran Imersif
    • Pengalaman Pembelajaran Imersif Maya
    • Pengalaman Pembelajaran Imersif Teradun (Blended)
    • Pengalaman Pembelajaran Imersif Bersemuka

TAHUN 2025

Tahniah diucapkan kepada Dr. Wan ‘Iffah binti Wan Ahmad Nizar (FKAB) yang telah memenangi tempat ke-3 bagi kategori Pengalaman Pembelajaran Imersif Maya melalui projek bertajuk KANTAKOMPOS: Kerangka Aplikasi dan Navigasi Teknologi Augmentasi (AR/VR) – Integrasi dalam Komuniti, Pembelajaran, Objektif Modul, dan Subjek Seni Bina

Tahniah diucapkan kepada peserta yang telah terpilih mewakili USIM sebagai finalis di Sesi Pitching AKRI tahun 2025 seperti senarai di bawah:

  • Dr. Wan ‘Iffah binti Wan Ahmad Nizar bagi kategori Pengalaman Pembelajaran Imersif Maya telah membentangkan projek bertajuk KANTAKOMPOS: Kerangka Aplikasi dan Navigasi Teknologi Augmentasi (AR/VR) – Integrasi dalam Komuniti, Pembelajaran, Objektif Modul, dan Subjek Seni Bina
  • Prof. Madya Ts. Dr. Sakinah binti Ali Pitchay bagi kategori Pengalaman Pembelajaran Imersif Bersemuka membentangkan projek bertajuk Libat dan Pimpin: Kerangka Pendekatan Pembelajaran Khidmat Masyarakat melalui AI-Cyber Hasanat.

Senarai ahli kumpulan untuk kedua-dua pasukan adalah seperti berikut:

KANTAKOMPOS:

Dr. Wan ‘Iffah binti Wan Ahmad Nizar (K)
Prof. Madya Dr. Nurul Syala Abdul Latip
Prof. Madya Ar. IDr. Dr. Elina Mohd Husini
Lar. Dr. Noor Hayati Ismail
Dr. Nor Syahila Ab Rashid

LIBAT DAN PIMPIN:

Prof. Madya Ts. Dr. Sakinah binti Ali Pitchay (K)
Prof. Madya Dr. Farida Hazwani binti Mohd Ridzuan
Prof. Madya Dr. Azni Haslizan binti Ab Halim
Prof. Madya Dr. Najwa Hayaati Mohd Alwi

Tahniah diucapkan kepada peserta yang telah terpilih mewakili USIM bagi tahun 2025 seperti senarai di bawah:

Para sarjana Malaysia telah mengharumkan nama negara melalui pelbagai pencapaian yang cemerlang dalam penyelidikan dan penerbitan yang berimpak tinggi, penghasilan karya asli yang bermutu, karya seni dan kreativiti terbaik, pengkomersialan produk penyelidikan dan pengajaran yang cemerlang. Justeru, mulai tahun 2006 Kementerian telah memperkenalkan sebuah anugerah tertinggi kesarjanaan yang dikenali sebagai Anugerah Akademik Negara (AAN) yang mengiktiraf secara menyeluruh kejayaan para sarjana Malaysia.

AAN adalah wadah bagi mengiktiraf dan menyanjung ahli akademik negara yang telah mengharumkan nama Malaysia dalam pelbagai bidang ilmu. Sehubungan itu, pemberian anugerah ini adalah pengiktirafan tertinggi khusus untuk para sarjana Malaysia yang sedang atau pernah berkhidmat di IPT Malaysia berdasarkan sumbangan mereka dalam bidang berikut :

  • Pengajaran
  • Penemuan ilmu
  • Penulisan dan penerbitan ilmiah dan kreatif
  • Pemindahan dan pengembangan ilmu

Rujuk pegawai BIeP CETL di alamat e-mel ahmadfarid@usim.edu.my untuk sebarang pertanyaan lanjut

Tarikh Tindakan
20 Jun 2025 (Jumaat) Borang rekod pelawaan AKRI 2025 peringkat USIM mula dibuka
23 Jun 2025 (Isnin) Sistem permohonan AKRI KPT (SPAKA) mula dibuka
24 Jun 2025 (Selasa) Taklimat AKRI peringkat KPT
25 Jun 2025 (Rabu) Taklimat AKRI peringkat USIM
26 Jun 2025 (Khamis) Tarikh tutup borang rekod pelawaan AKRI 2025 peringkat USIM (@5:00pm)
3 Julai 2025 (Khamis) Sesi Pitching calon AKRI 2025 USIM
9 Julai 2025 (Rabu) Bengkel Pembangunan Portfolio Calon AKRI 2025 USIM (Bil.1/2025)
16 Julai 2025 (Rabu) Bengkel Pembangunan Portfolio Calon AKRI 2025 USIM (Bil.2/2025)
18 Julai 2025 (Jumaat) Pengesahan calon oleh Naib Canselor USIM
22 Julai 2025 (Selasa) Tarikh tutup sistem permohonan AKRI KPT

Muat Turun Poster Tarikh Utama

Tarikh : 24 Jun 2025 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi – 1.00 tengah hari

Pautan WEBEX : https://tinyurl.com/TAKLIMAT-AKRI-2025
Rakaman Taklimat (Facebook) : https://www.facebook.com/share/v/1Qgz2GsVvf/

Pengesahan kehadiran ke sesi taklimat boleh dibuat melalui pautan https://forms.gle/zUt9wxPaEzzb6GweA

Penyertaan dan kehadiran semua ke sesi ini adalah amat dialu-alukan.

Klik butang di bawah untuk menonton rakaman sesi taklimat

RAKAMAN MS TEAMS TAKLIMAT AKRI USIM 2025

BAHAN RUJUKAN

TEMPLATE e-BOOK USIM (AKRI 2024): Template e-book AKRI USIM 2024.pptx

Kategori Portfolio
Kurikulum Program Pengajian Inovatif Portfolio_Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Teknologi Kimia Industri)_FST
Pengajaran Transformatif Portfolio_v-MX_FPSK
Pentaksiran Alternatif Portfolio_FEM
Pengalaman Pembelajaran Imersif (Maya) Portfolio_Paediatric_FPSK
Pengalaman Pembelajaran Imersif (Teradun) Portfolio_FPBU
Pengalaman Pembelajaran Imersif (Bersemuka) Portfolio_AzieLab_FST