3 September 2021 – CETL dengan kerjasama SDEC berusaha keras untuk memastikan kandungan e-pembelajaran di USIM sentiasa kehadapan mengikut peredaran zaman. Sehubungan itu Virtual Workshop on e-Gamification Content Development telah dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada pensyarah USIM berkaitan pembangunan kandungan berbentuk gamifikasi. Bengkel sepanjang 2 hari ni telah disampaikan oleh Mejar Bersekutu Prof. Madya Ts. Dr. Tan Wee Hoe dari UPSI.