Pihak CETL telah mengadakan sesi pertemuan mesra bersempena Sambutan Hari Raya 2025 bersama YBhg. Prof. Dato’ Dr. Nik Salida Suhaila Nik Salleh, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM pada 15 April 2025 di Bilik Mesyuarat CETL. Bersekali dengan sambutan hari raya ini, Pihak CETL turut mengambil kesempatan untuk membentangkan perkembangan CETL dan projek-projek kritikal sepanjang tahun 2025 dan 2026. Majlis diakhiri dengan jamuan ringkas bertemakan sambutan hari raya.