Bahagian Inovasi dan e-Pembelajaran telah mengurussetiakan Mesyuarat MEIPTA kali ke-67, Bil.2/2026 yang telah berlangsung pada 14 Mei 2026 di Dewan Konvensyen, Aras 5, Bangunan e-Learning, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak. Dr. Mohd Hafiz Abu Hassan, Timbalan Pengarah CETL merupakan Pengerusi MEIPTA bagi sesi 2026-2027. Antara intipati utama mesyuarat kali ini adalah pembentangan pelaksanaan DePAN 3.0, Draf akhir Garis Panduan Stackable Degree Malaysia, serta inisiatif iOER MEIPTA 2026. Mesyuarat kali ni diselaraskan oleh Pusat Pembangunan Akademik (PPA) UPSI selaku tuan rumah.
