Nilai, 20-21.02.2018 – PIINA telah menganjurkan Kursus Problem Based Learning (PBL) bagi mencapai matlamat dan sasaran yang telah digariskan dalam Teras Kedua, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) iaitu menambah baik kualiti Pengajaran dan Pembelajaran, beberapa transaformasi telah dilaksanakan menerusi peralihan kaedah penyampaian yang melibatkan Student Centred Learning (SCL) yang lebih bersifat dua hala.

       Student Centred Learning (SCL) merupakan stategi pengajaran dimana pelajar menjadi pemain utama dalam pembelajaran dan pengajaran. kaedah ini menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam sesi pembelajaran mereka. Malah, lebih banyak masa diperuntukkan kepada mereka untuk meneroka dan menyelesaikan masalah dengan bantuan pengajar yang bertindak sebagai pemudah cara.

Salah satu kaedah yang perlu digunakan dalam Student Centred Learning ialah Pembelajaran Berasaskan Masalah – Probem Based Learning (PBL) yang mencabar pelajar supaya ‘belajar untuk belajar’ dan bekerjasama dalam kumpulan. Kaedah ini menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kreatif dan analitis secara berpasukan dengan menggunakan sumber pembelajaran yang sesuai. Satu pembaharauan telah dibuat pada kursus pada kali ini iaitu dengan penerapan Integrasi Ilmu Naqli & Aqli.

Kursus ini dihadiri seramai 7 orang peserta yang terdiri daripada Kakitangan Akademik USIM.Pengisian program kali ini adalah lebih fokus kepada memberi panduan, pendedahan serta keyakinan kepada Kakitangan Akademik USIM dalam melahirkan graduan yang berkualiti tinggi serta menepati keperluan sumber manusia negara. Di samping itu juga, perkongsian idea serta teknik-teknik PBL yang terkini, efektif dan berkesan turut dikongsi bersama oleh  Panel Jemputan yang pakar dalam bidang ini iaitu En. Mohammad Noorizzuddin Nooh dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat.

Kursus selama 2 hari ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan mendapat sambutan menggalakkan di kalangan para peserta.Komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh peserta telah membuatkan program ini menepati objektifnya.