03/02/2016, Nilai, USIM :- Seramai 37 orang kakitangan akademik telah menghadiri kursus ini yang telah dianjurkan oleh PIPP. Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan mengintegrasi ilmu naqli dan aqli dalam penyampaian ilmu kepada pelajar serta memberi kefahaman dan penghayatan integrasi ilmu naqli dan aqli dalam aspek pembelajaran dan pengajaran selaras dengan falsafah dan visi universiti.

Panel jemputan iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Rushdan Bin Mohd Jailani, Timbalan Pengarah AKEPT di jemput untuk membimbing serta berkongsi ilmu dengan peserta.