Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Kurikulum (BPPK) CETL telah menganjurkan Bengkel The Measurements of Program Education Objectives (PEO) & Continuous Quality Improvements (CQI) of The Program Educational Objectives (PEO) pada 17 April 2026 (Jumaat) di Bilik Mesyuarat Utama Fakulti, Aras 11 Bangunan FPSK USIM. Sesi ini dianjurkan dengan objektif untuk memperkukuh kefahaman serta pelaksanaan pengukuran pencapaian PEO secara sistematik, selaras dengan keperluan Outcome-Based Education (OBE) dan standard jaminan kualiti akademik. Bengkel ini turut bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta berkaitan kaedah pengukuran PEO, termasuk penggunaan instrumen seperti kajian alumni, majikan dan penilaian berkala, di samping membincangkan pendekatan penambahbaikan berterusan (CQI) berdasarkan dapatan analisis pencapaian PEO bagi memastikan keberkesanan program pengajian sentiasa relevan dan berkualiti.