Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran (CETL) telah menjalani sesi Audit Pematuhan bagi skop Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 dan MS 1900:2014 pada 23 April 2026 (Khamis) di Pejabat CQA, Aras 2, Bangunan FKP, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Audit ini bertujuan menilai tahap pematuhan dan keberkesanan pelaksanaan prosedur, di samping memastikan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran, pemantauan dan penambahbaikan kualiti program, serta pengurusan akademik yang melibatkan PTj akademik sentiasa berada pada tahap yang berkualiti.
Semakan audit meliputi prosedur utama CETL iaitu USIM.PP.15 (Penaksiran Soalan Penilaian Peperiksaan Secara Bersemuka), USIM.PP.16 (Pentaksiran Soalan Peperiksaan Dalam Talian) dan USIM.PP.17 (Analisis Pencapaian Pelajar dan Penambahbaikan Kualiti Berterusan Program Pengajian).
Audit telah dikendalikan oleh Puan Hajah Hanida Ghazali, juru audit daripada SIRIM Berhad. Hasil audit mendapati pelaksanaan sistem berada pada tahap pematuhan yang baik tanpa sebarang ketakakuran ( Non-Conformance Report , NCR) direkodkan.
CETL komited untuk terus memperkukuh kualiti pengajaran dan pembelajaran selaras dengan standard yang ditetapkan serta mengamalkan penambahbaikan berterusan.
