Bahagian Inovasi dan e-Pembelajaran (BIeP) CETL telah menganjurkan Bengkel Pelaporan Status Pembangunan Micr0-credential Fasa 3, Bil.6/2026 pada 30 September 2026 (Rabu) pukul 2.30 petang di Bilik Seminar, Aras 1, Bangunan FPBU. Sesi ini dianjurkan dengan objektif untuk meneliti status pembangunan, membuat semakan akhir serta melengkapkan perkara-perkara berkaitan kursus-kursus Micro-Credential Fasa 3 yang telah siap dibangunkan sebelum dimuktamadkan untuk pelaksanaan.