Bahagian Inovasi dan e-Pembelajaran telah mengurussetiakan Mesyuarat MEIPTA kali ke-68, Bil.3/2026 yang telah berlangsung pada 18 Ogos 2026 di Dewan Senat, Aras 3, Bangunan Canselori, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu. Dr. Mohd Hafiz Abu Hassan, Timbalan Pengarah CETL merupakan Pengerusi MEIPTA bagi sesi 2026-2027. Antara agenda yang telah diberikan penumpuan sempena Mesyuarat kali ini adalah :
1. Taklimat Guidelines on Developing Academic Program Through Stackable Degree Pathway
oleh: Prof. Madya Ts. Dr. Wan Zuhainis Saad (UPM) dan Prof. Madya Dr. Nurbiha A Shukor (UTM)
2. Pelaporan Status Pelaksanaan Aktiviti Penerima Dana daripada:
UTHM: Siri Bengkel Pembangunan Garis Panduan Hub Sistem Pengurusan Pembelajaran Berpusat (C-LMSHub);
UniSZA: Polisi Bank Kredit Repositori Institusi Pengajian;
UM: International University Carnival on e-Learning (IUCEL) 2026;
UKM: Pembangunan Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) 3.0 ;
USIM: Pelaksanaan Aktiviti Pelan Tindakan Inclusive Open Educational Resources (IOER); dan
UMK: Siri Bengkel Pembangunan Garis Panduan dan Perkongsian Amalan Terbaik Self-Instructional Materials (SIM)
3. Kelulusan Terma Rujukan MEIPTA (dengan pindaan)
4. Penyelarasan Gerak Kerja MEIPTA berkenaan Kajian dan Penyediaan Dokumen Rujukan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI)
Mesyuarat kali ini dijalankan secara hibrid dan turut dihadiri oleh Pengarah BKA, JPT serta beberapa orang ahli secara dalam talian
