Bahagian Dasar dan Integrasi Ilmu Naqli & Aqli dengan kerjasama SDEC telah menganjurkan Program Fi Qalbi 2.0: Tip & Trik Penggunaan Taalimgate Versi Naiktaraf seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 21 Ogos 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 9:00 pagi – 12:30 tengah hari
💻 Platform: Microsoft Teams -(https://bit.ly/tnt_taalimgate)

 

Laporan Keseluruhan Ciri dan Fungsi TaalimGate V2 disusun secara sistematik mengikut perancangan aliran kerja dan peranan pengguna dalam sistem TaalimGate V2:

• Dashboard & Navigasi Pintar: Merangkumi fungsi menu Quick Actions yang dinamik untuk semua peranan (Pensyarah, Coordinator, Reviewer, Verifier), sistem Sync GOALS manual yang mempercepatkan paparan dashboard, dan penunjuk kemajuan TF berasaskan warna/ikon.

• Pengurusan Fail Pengajaran (TF) Pensyarah: Menghimpunkan ciri penjimatan masa seperti permohonan pengecualian kursus, perkongsian rujukan dokumen (Refer To), muat naik serentak (Upload All), pengurusan ketidakhadiran (Reason for Absence), pengecualian penilaian, serta formula pengiraan skrip jawapan berkumpulan. Fungsi refer-to dan shared course melengkapkan keperluan pengajaran kursus secara bersama dan mengurangkan keperluan penyedian fail penyediaan bagi dokumen sama.

• Fungsi exemption akan memberikan kelebihan pengurusan bagi coordinator disamping mampu menjana data keseluruhan yang lebih tepat.

• Sistem Integriti & Kawalan Pintar: Menjelaskan fungsi Padanan Paparan Pintar, butang pintas Go-to, kunci integriti dokumen (Document Locked), dan hak penggantian CO/CTP oleh penilai.

• Pengurusan Peringkat Koordinator & Admin: Memperincikan tetapan pengecualian pensyarah di peringkat semester atau kursus (Shared Course) oleh Koordinator serta penyelarasan data fakulti yang tersusun oleh Administrator.

• Hasil Utama Penambahbaikan: Mencerakinkan impak naik taraf sistem terhadap ketepatan peratusan kelengkapan jabatan dan kecekapan pangkalan data.