CETL telah menerima kunjungan mesra Pendaftar USIM, YBhg. Dato Muhammad Haizuan Rozali pada 22 Jun 2026 (Isnin) pada jam 10:00 pagi – 12:00 t/hari di Pejabat CETL, Aras 3, Bangunan FPSK. Sesi ini bertujuan melihat kesediaan dan keupayaan CETL dalam menguruskan kursus-kursus Microcredential selain untuk membincangkan penempatan En. Mohd Asri Hussain, Timbalan Pendaftar Kanan di CETL bermula Jun 2026. Pendaftar USIM mengharapkan agar dengan kehadiran En. Mohd Asri ke CETL, ianya akan dapat mengembangkan lagi fungsi Neuvarsity selain membentuk sistem promosi yang lebih bersasar untuk kursus-kursus Microcredential USIM.