Bahagian Latihan dan Pembudayaan Akademik (BLPA) CETL telah menganjurkan Sesi Perkongsian Khas Program Training of Trainers (ToT) Kepimpinan Instruksional, AKEPT Malaysia; Moving Forward: Enhancing Technology Into Alternative Assessment pada 23 Jun 2026 (Selasa) pada jam 11:00 pagi – 1:00 t/hari bertempat di Executive Lounge, Aras 6, Bangunan Canselori. Sesi ini akan membawakan perkongsian berkaitan pentaksiran alternatif serta bagaimana teknologi dapat memperkasakan reka bentuk dan penyampaiannya, termasuk pembangunan rubrik, penjajaran dengan OBE dan MQF 2024 serta amalan terbaik institusi pendidikan tinggi. Sesi khas ini disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Ramiaida Darmi, pensyarah Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) USIM.
