Bahagian Inovasi dan e-Pembelajaran (BIeP) bersama Bahagian Latihan dan Pembudayaan Akademik (BLPA) CETL telah menganjurkan Kursus Asas Micro-credential USIM pada 18 Jun 2026 (Khamis) pada jam 9:00 pagi – 11:20 pagi secara dalam talian melalui Aplikasi Microsoft Teams.  Kursus ini dikendalikan oleh Timbalan Pengarah CETL, Prof. Madya Dr. Najwa Hayaati Mohd Alwi. Antara pengisian kursus pengenalan kepada asas Micro-Credential, kaedah mereka bentuk kursus Micro-Credential yang berkesan, kaedah memilih penilaian yang bersesuaian, serta kaedah merancang penyampaian digital serta penglibatan pelajar yang efektif. Kursus ini telah dihadiri lebih 80 orang peserta.