Bahagian Latihan dan Pembudayaan Akademik (BLPA) CETL telah menganjurkan latihan Kursus Personal Tutelage pada 19 Mei 2026 (Selasa) bermula jam 9:00 pagi – 4:30 petang di Executive Lounge, Aras 6, Bangunan Canselori USIM. Kursus ini merupakan inisiatif rasmi USIM yang menekankan peranan staf akademik bukan sekadar sebagai pensyarah, tetapi sebagai Murabbi – pembimbing pelajar dari sudut akademik, sahsiah dan pembangunan kerjaya secara holistik. Kursus ini adalah salah satu program di bawah program pembangunan awal bakat muda akademia USIM (ECD) yang disasarkan kepada semua staf akademik USIM khususnya lantikan tetap atau kontrak lantikan 2019 dan ke atas.