Bahagian Pembangunan Kurikulum & Pemantauan OBE telah menganjurkan Bengkel MQF2.0 (2024) – Penetapan Elemen Value Based Education (VBE) di dalam program Akademik Sarjana Muda dan Siswazah USIM pada 18 Mei 2026 di Bilik Mesyuarat Utama (BMU), Aras 11, Bangunan FPSK.

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan dan kemahiran asas kepada pensyarah berkaitan keperluan MQF 2.0 (2024) dengan penekanan kepada pelaksanaan Value Based Education (VBE). Selain itu, kursus ini membimbing pihak pengurusan Fakulti/Pusat dalam mengenal pasti, memetakan, melaksanakan dan menilai elemen VBE dalam PLO dan CLO, serta memastikan keseragaman pelaksanaannya bagi program Sarjana Muda dan Siswazah. Pengisian bengkel telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Mohd Hafiz Abu Hassan, Timbalan Pengarah Bahagian Dasar Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli, CETL.