Bahagian Inovasi dan e-Pembelajaran (BIeP) CETL dengan kerjasama Bahagian Latihan dan Pembudayaan Akademik (BLPA) CETL telah menganjurkan latihan Designing and Developing SIM Using Artificial Intelligence (AI) pada 05 Mei 2026 (Selasa) bermula jam 9:00 pagi – 4:30 petang di Bilik Seminar Ibnu Abbas FPQS. Sesi latihan ini menawarkan pendekatan praktikal dalam mereka bentuk dan membangunkan Self-Instructional Materials (SIM) bagi menyokong pembelajaran kendiri. Melalui pemahaman terhadap prinsip dan ciri-ciri SIM yang berkesan, peserta akan berupaya menghasilkan bahan pembelajaran berpusatkan pelajar, di samping memperkukuhkan pembelajaran kendiri melalui aktiviti yang interaktif dan inovatif. Tenaga pengajar bagi latihan ini adalah Dr. Ahmad Zaki bin Amiruddin,  Timbalan Pengarah Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Akademik (PKPA-CADE), Universiti Malaysia Kelantan.