Bahagian Dasar dan Integrasi Ilmu Naqli & Aqli (BDINDA) CETL telah menganjurkan Sesi Webinar Siri 1/2026 : Penerapan dan Pengiraan Peratus Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (INAQ) dalam Program Akademik USIM, Sesi Webinar Siri 2/2026 : SULAM di USIM – Menyantuni Komuniti Melalui Pembelajaran Berasaskan Perkhidmatan secara dalam talian yang telah diadakan pada 28 April 2026 (Selasa).

Sesi Webinar ini ini dianjurkan dengan objektif untuk memastikan 100% program akademik mencapai sasaran minimum 30% penerapan INAQ dalam kurikulum selaras dengan Pelan Strategik USIM 2016-2025 serta memperkasakan pelaksanaan program SULAM di USIM melalui “Projek SULAM MEGA USIM”.