Bahagian Inovasi dan e-Pembelajaran (BIeP) CETL dengan kerjasama Unit Multimedia StraComm telah mengadakan sesi rakaman video podcast pada 31 Disember 2025 pukul 9.30 pagi di Studio StraComm. Panel yang terlibat adalah Dr. Wan ‘Iffah binti Wan Ahmad Nizar (FKAB) selaku pemenang tempat ke-3 Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Tinggi: Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif (AKRI) tahun 2025 bagi kategori Pengalaman Pembelajaran Imersif Maya melalui projek bertajuk KANTAKOMPOS: Kerangka Aplikasi dan Navigasi Teknologi Augmentasi (AR/VR) – Integrasi dalam Komuniti, Pembelajaran, Objektif Modul, dan Subjek Seni Bina.

Tujuan video podcast ini adalah bagi mempromosikan dan menggalakkan penyertaan AKRI dalam kalangan pensyarah USIM, selain akan menjadi bahan rujukan kepada calon-calon AKRI pada masa akan datang. Video podcast ini nanti akan disiarkan melalui USIMTV.