Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran (CETL) telah menganjurkan Bengkel Pengemaskinian Laman Sesawang Rasmi dan Storan CETL pada 28 hingga 30 Mei 2025 bertempat di Dorsett Hotel, Putrajaya. Bengkel ini bertujuan untuk memastikan capaian bahan-bahan rujukan berkaitan pembelajaran dan pengajaran adalah baik, selain bagi mengenalpasti dokumen rujukan yang perlu ditambah baik. Dana bagi bengkel ini ditampung menggunakan hasil penjanaan jabatan.
