CETL melalui Bahagian Inovasi dan e-Pembelajaran (BIeP) telah terlibat dalam pameran kursus-kursus Micro-credential USIM pada 30 Oktober 2025 di Dewan Tuanku Canselor (DTC) USIM. Pameran ini adalah sempena Program Festival of Ideas Negeri Sembilan yang dianjurkan oleh USIM dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan. CETL telah mempamerkan poster senarai 28 kursus Micro-credential (MC) yang telah dibangunkan dalam Fasa 1 dan 2, selain turut menyediakan reruai bagi memaparkan video pengenalan kepada kesemua 28 kursus MC. Reruai tersebut turut menempatkan maklumat berkenaan MC dan brosur untuk rujukan pengunjung.