Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran (CETL) telah menganjurkan sesi postmortem dan jamuan penghargaan penganjuran EduGC 2025 pada 27 Oktober 2025 (Isnin), pukul 2:00 petang di Lounge Eksekutif Canselori USIM. Objektif sesi ini adalah bagi membentangkan draf laporan akhir penganjuran EduGC 2025, selain untuk mendapatkan maklum balas ahli tentang proses penganjuran program, selain membincangkan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan dalam penganjuran program pada masa akan datang. Ahl secara keseluruhan telah bersetuju bahawa program ini telah berjaya mencapai objektif yang dihasratkan. Ahli turut bersetuju agar pihak CETL membincangkan secara dalaman berkenaan kaedah dan kekerapan penganjuran ini pada masa akan datang, serta membincangkan cadangan untuk menjadikan program EduGC ini sebagai program flagship Bahagian Inovasi dan e-Pembelajaran CETL.