LIBAT URUS BERSAMA PWZ BERKENAAN MICRO-CREDENTIAL

Home/uncategorized/LIBAT URUS BERSAMA PWZ BERKENAAN MICRO-CREDENTIAL

Bahagian Inovasi dan e-Pembelajaran (BIeP) telah menganjurkan sesi libat urus bersama Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM pada 17 Oktober 2025 (Jumaat), pukul 9:30 pagi di Bilik Mesyuarat PWZ, KITM USIM. Objektif sesi ini adalah bagi membincangkan cadangan pemerkasaan penawaran kursus-kursus micro-credential (MCr) termasuk cadangan pembelian secara pukal kursus-kursus MCr Fasa 1 dan 2, selain cadangan penyediaan dana khusus pembangunan MCr Fasa 3 dan 4 oleh pihak PWZ. Sesi ini telah bersetuju agar pihak CETL menyediakan kertas cadangan rasmi bagi memperincikan model-model kerjasama antara pihak CETL dan PWZ dalam memperkasa penawaran kursus-kursus MCr di USIM.

2025-10-29T15:17:16+08:00
Go to Top