Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran (CETL) telah menganjurkan Bengkel Refleksi dan Penambahbaikan Program pada 23 Oktober 2025 (Khamis) di Bangi Golf Resort Selangor. Bengkel ini bertujuan untuk menilai keberkesanan program anjuran CETL sepanjang tahun 2025, serta menyediakan pelan gerak kerja program-program strategik CETL bagi tahun 2026 sesuai dengan Halatuju USIM dan KPT.
