Bahagian Dasar dan Integrasi Ilmu Naqli & Aqli, Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran (CETL) telah menganjurkan Sesi Fasilitasi Audit Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (INAQ) dalam program-program Akademik Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) pada 24 Oktober 2025 (Jumaat) di Bilik Mesyuarat Utama FSU. Sesi fasilitasi ini bertujuan untuk menentukan peratus INAQ dalam program berkenaan. Hanya kursus yang diambil kira dalam pengiraan kredit bergraduat perlu dimasukkan dalam penentuan peratus tersebut. Sebagai langkah tambahan bagi memastikan pelaksanaan INAQ yang menyeluruh dan ketepatan peratus INAQ, pihak fakulti perlu memastikan bahawa kursus-kursus pilihan atau elektif yang termasuk dalam kumpulan kursus yang sama adalah setara dari segi pelaksanaan.