Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran (CETL) dengan kerjasama Majlis Ketua-Ketua e-Pembelajaran IPT Malaysia (MEIPTA) telah menganjurkan Program National Education e-Gamification Challenge (EduGC) 2025 pada 08 Oktober 2025 di Dewan Utama Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) USIM. EduGC disasarkan untuk menjadi platform menonjolkan permainan digital berasaskan inovasi e-pembelajaran yang bertujuan untuk mengoptimumkan penggunaan teknologi/aplikasi terkini bagi memenuhi keperluan/manfaat pembelajaran dan pengajaran (PdP). Secara keseluruhan, seramai 55 kumpulan telah mendaftar secara rasmi, namun setelah melalui proses saringan, hanya 15 kumpulan dengan jumlah 62 ahli pasukan telah dipilih oleh para juri sebagai finalis. Penganjuran majlis ini ditaja oleh Red Circle Studio Sdn. Bhd., Pusat Wakaf dan Zakat USIM, Majlis Agama Islam Selangor, Harta Suci Sdn. Bhd., Sunshine Bread Sdn. Bhd, dan Sugar Bomb Worldwide Sdn. Bhd. Pihak-pihak lain yang terlibat dalam penganjuran program ini pula adalah SDEC, FPBU, FST, dan Jawatankuasa Penyelaras e-Pembelajaran.

Layari laman Facebook e-Gallery USIM untuk gambar program: https://www.facebook.com/share/p/174DEryW6D/