Bahagian Latihan & Pembudayaan Akademik (BLPA) CETL telah menganjurkan Siri Latihan CETL bil.5/2025: Kursus Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome-Based Education – OBE) dan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (INAQ) pada 17 sehingga 18 September 2025 di Executive Lounge, Aras 6, Bangunan Canselori. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta mengenai konsep dan pelaksanaan pendidikan berasaskan hasil (OBE) dan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (INAQ) dalam pembangunan kurikulum, kaedah pengajaran dan pembelajaran, penilaian, serta aktiviti penambahbaikan kualiti secara berterusan. Ini bertujuan bagi melahirkan graduan yang beretika, seimbang, holistik dan kompeten dalam mendepani dunia industri. Kursus ini adalah sebahagian daripada program Pembangunan Bakat Muda Akademia (Early Carrier Development – ECD) USIM yang disasarkan kepada staf akademik USIM lantikan tetap atau kontrak bermula 1 Januari 2019 dan keatas, dan juga sebagai syarat kenaikan pangkat.