Bahagian Latihan & Pembudayaan Akademik (BLPA) CETL dengan kerjasama Jabatan Pendaftar telah menganjurkan Siri Latihan CETL Bil.4/2025: Kursus Personal Tutelage Bil.2/2025 pada 02 September 2025 di Executive Lounge, Aras 6, Bangunan Canselori. Kursus ini dibangunkan bagi memperkasa kefahaman dan kemahiran staf akademik dalam mengendalikan sesi bimbingan personal secara profesional, berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan nilai-nilai Islam. Program Personal Tutelage merupakan inisiatif rasmi USIM yang menekankan peranan staf akadmeik bukan sekadar sebagai pensyarah, tetapi sebagai Murabbi – pembimbing pelajar dari sudut akademik, sahsiah dan pembangunan kerjaya secara holistik.