Dr. Wan ‘Iffah binti Wan Ahmad Nizar (FKAB) dan Prof. Madya Ts. Dr. Sakinah binti Ali Pitchay (FST) telah tersenarai sebagai finalis AKRI 2025 dan telah diundang untuk menyertai sesi pitching yang berlangsung pada 3 September 2025 di Hotel Everly Putrajaya.
Dr. Wan ‘Iffah binti Wan Ahmad Nizar yang menyertai kategori Pengalaman Pembelajaran Imersif Maya telah membentangkan projek bertajuk KANTAKOMPOS: Kerangka Aplikasi dan Navigasi Teknologi Augmentasi (AR/VR) – Integrasi dalam Komuniti, Pembelajaran, Objektif Modul, dan Subjek Seni Bina, manakala Prof. Madya Ts. Dr. Sakinah binti Ali Pitchay yang menyertai kategori Pengalaman Pembelajaran Imersif Bersemuka membentangkan projek bertajuk Libat dan Pimpin: Kerangka Pendekatan Pembelajaran Khidmat Masyarakat melalui AI-Cyber Hasanat.
Senarai ahli kumpulan untuk kedua-dua pasukan adalah seperti berikut:
KANTAKOMPOS:
Dr. Wan ‘Iffah binti Wan Ahmad Nizar (K)
Prof. Madya Dr. Nurul Syala Abdul Latip
Prof. Madya Ar. IDr. Dr. Elina Mohd Husini
Lar. Dr. Noor Hayati Ismail
Dr. Nor Syahila Ab Rashid
LIBAT DAN PIMPIN:
Prof. Madya Ts. Dr. Sakinah binti Ali Pitchay (K)
Prof. Madya Dr. Farida Hazwani binti Mohd Ridzuan
Prof. Madya Dr. Azni Haslizan binti Ab Halim
Prof. Madya Dr. Najwa Hayaati Mohd Alwi
Pengarah CETL dan kakitangan Bahagian Inovasi dan e-Pembelajaran telah turut hadir ke sesi ini bagi memberikan sokongan untuk kedua-dua kumpulan.