Bahagian Inovasi dan e-Pembelajaran (BIeP) CETL telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Garis Panduan OER dan iOER Siri 3/2025 pada 27 Ogos 2025 di Bilik Mesyuarat CETL, Aras 3 FPSK. Sesi ini dianjurkan dengan objektif untuk memurnikan 2 topik terakhir garis panduan OER & iOER peringkat Universiti sebelum draf akhir Garis Panduan ini dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Open Science USIM.