USIM melalui CETL telah berjaya tersenarai sebagai 5 IPT terbaik bagi kategori Pembelajaran Sepanjang Hayat di dalam Majlis MQA Awards 2025 yang julung kali diadakan. Anugerah ini telah dianjurkan pada 11 Ogos 2025 di Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir. Anugerah ini dihasratkan akan menjadi platform penting mengiktiraf institusi dan individu cemerlang dalam kualiti akademik, inovasi dan tadbir urus, merangkumi semua sektor pendidikan tinggi termasuk universiti awam, swasta, politeknik, kolej komuniti, kolej swasta dan institut latihan awam.