Bahagian Inovasi dan e-Pembelajaran (BIeP) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Portfolio AKRI calon USIM Bil.2/2025 pada 16 Julai 2025 (Rabu) di Bilik Seminar 1 & 2, FPSK USIM. Bengkel ini merupakan sesi susulan kepada bengkel Bil.1/2025 yang telah dianjurkan pada 9 Julai 2025. Tujuan bengkel ini adalah untuk memberi ruang untuk penyediaan portfolio AKRI mengikut ketetapan dan keperluan anugerah, selain menyediakan bantuan dan sokongan teknikal bagi penyediaan grafik dan video yang berkaitan. Susulan kepada bengkel ini, sesi pembentangan calon AKRI kepada YBhg. Naib Canselor USIM akan dianjurkan pada 18 Julai 2025, sebelum penghantaran permohonan USIM melalui sistem SPAKA pada 22 Julai 2025.