Bahagian Inovasi dan e-Pembelajaran (BIeP) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Portfolio AKRI calon USIM pada 9 Julai 2025 (Rabu) di Executive Lounge, Canselori USIM. Tujuan bengkel ini adalah untuk memberi ruang untuk penyediaan portfolio AKRI mengikut ketetapan dan keperluan anugerah, selain menyediakan bantuan dan sokongan teknikal bagi penyediaan grafik dan video yang berkaitan. Susulan bengkel ini, sesi pembentangan portfolio dijangka dianjurkan pada 16 Julai 2025, sebelum pembentangan akhir kepada Naib Canselor pada 18 Julai 2025.