Bahagian Inovasi dan e-Pembelajaran (BIeP) telah menganjurkan sesi libat urus bersama pemilik dan pembangun kursus Micro-Credential Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) pada 25 Jun 2025 (Rabu), pukul 3:00 petang di Bilik Mesyuarat Dekan, Aras 10 FPBU USIM. Objektif sesi ini adalah bagi membincangkan senarai kursus Micro-Credential yang telah dibangunkan oleh FPBU dalam Fasa 1 dan 2, cadangan penawaran kursus-kursus Micro-Credential secara kombo, makluman insentif pembangun Micro-Credential, strategi pemasaran bersasar mengikut niche, penglibatan agen atau jabatan pemasaran dalam mempromosikan kursus sedia ada. Dekan FPBU turut dibentangkan tentang perancangan pembangunan kursus Micro-Credential Fasa 3, yang mana FPBU terlibat dengan 3 kursus baharu.