Bahagian Inovasi dan e-Pembelajaran (BIeP) telah menganjurkan sesi libat urus bersama pemilik dan pembangun kursus Micro-Credential Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM) pada 04 Jun 2025 (Rabu), pukul 2:30 petang di Bilik Mesyuarat KITM USIM. Objektif sesi ini adalah bagi membincangkan senarai kursus Micro-Credential yang telah dibangunkan oleh KITM dalam Fasa 1 dan 2, cadangan penawaran kursus-kursus Micro-Credential secara kombo, makluman insentif pembangun Micro-Credential, strategi pemasaran bersasar mengikut niche, penglibatan agen atau jabatan pemasaran dalam mempromosikan kursus sedia ada, serta pameran kursus-kursus Micro-Credential dalam Sambutan 25 tahun USIM.