Pihak CETL telah mengadakan sesi pertemuan mesra bersama YBhg. Prof. Dato’ Dr. Nik Salida Suhaila Nik Salleh, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM pada 15 April 2025 di Bilik Mesyuarat CETL. Pihak CETL turut mengambil kesempatan untuk membentangkan perkembangan CETL dan projek-projek kritikal, selain turut menjamu YBhg. TNCAA dengan jamuan ringkas hari raya.