Bahagian Inovasi dan e-Pembelajaran (BIeP) dan CETL melalui Majlis Ketua-Ketua Penyelaras e-Pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA) telah menganjurkan Bengkel Training of Trainers (TOT) Pembangunan Inclusive Open Educational Resources (IOER) tahun 2026 pada 27 – 28 Julai 2026 di Hotel Dorsett Putrajaya. Sesi ini dianjurkan dengan objektif untuk membangunkan kandungan iOER melalui bengkel intensif yang berfokus kepada penghasilan bahan pembelajaran terbuka, inklusif dan boleh diakses, memperkukuh kompetensi pendidik dan bakal jurulatih dalam penghasilan, penggunaan semula, penyesuaian, pengubahsuaian dan pengedaran semula bahan iOER secara sah dan beretika, serta membina kumpulan pendidik terlatih yang berupaya menjadi pemangkin, pembimbing dan rujukan pelaksanaan iOER di peringkat institusi. Sesi ini telah disertai oleh 46 peserta daripada institusi pendidikan tinggi awam dan swasta dari seluruh negara. Kos penganjuran bengkel ini didanai sepenuhnya oleh Geran Khas Pelaksanaan IOER tahun 2026 daripada KPT.
.
