Bahagian Inovasi dan e-Pembelajaran (BIeP) telah menganjurkan Sesi Libat Urus Micro-credential Fasa 1 dan 2 Tahun 2026 pada 20 Julai 2026 (Isnin), pukul 2:00 petang di Executive Lounge, Aras 6, Bangunan Canselori. Sesi ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato Prof. Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM. Objektif sesi ini adalah bagi memberi penghargaan kepada penyerahan pembangun kursus, serta pemilik kursus (fakulti/jabatan) Micro-Credential Fasa 1 yang telah memperoleh langganan sepanjang tempoh April 2023 sehingga Disember 2025. Sesi ini turut melibatkan perbincangan penambahbaikan kaedah dan langkah promosi agar satu bentuk tindakan pemasaran yang lebih berstruktur dan sistematik dapat diwujudkan. Resolusi perbincangan akan dikemukakan kepada Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), kemudiannya dibawa ke Mesyuarat Jawatankausa e-Pembelajaran (JeP) sebelum diedarkan kepada semua pihak terlibat. 

Gambar majlis boleh turut dimuat turun melalui e-Gallery USIM: https://www.facebook.com/share/p/1S21PLQ9fC/?mibextid=wwXIfr