Nilai, USIM :-  Pada 18 Mei 2017  seramai 35 orang kakitangan akademik telah menghadiri Bengkel Integrated Cummulative Grade Point Average (iCGPA). Bengkel ini diadakan bagi tujuan memberi pendedahan kepada peserta berkaitan asas pembentukan kurikulum dan penilaian mengikut garis panduan yang telah dikeluarkan oleh KPT. Di samping itu dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta tentang kepentingan integrasi ilmu naqli dan aqli dalam penyediaan kursus.

Panel jemputan yang berpengalaman iaitu Tuan Haji Mohamed Nadzri bin Mohd Yusoff, pensyarah Fakulti Sains Kesihatan, UiTM telah di jemput untuk membimbing serta berkongsi ilmu dengan peserta.