Bahagian Inovasi dan e-Pembelajaran (BIeP) CETL telah menganjurkan Bengkel Pelaporan Status Pembangunan Micr0-credential Fasa 3, Bil.5/2026 pada 13-14 Julai 2026 di Bilik Hotel Dorsett Putrajaya. Sesi ini dianjurkan dengan objektif untuk mewujudkan satu sesi khusus yang akan membolehkan kandungan kursus MCr fasa 3 dimurnikan dengan panduan dan maklum balas daripada pasukan teknikal dan pereka instruksi, serta memastikan kursus MCr fasa 3 yang dibangunkan memenuhi piawai kawalan kualiti seperti mana yang telah ditetapkan oleh pihak CETL. Kos penganjuran bengkel ini didanai oleh Geran Khas Pembangunan MC Fasa 3 yang telah diberikan oleh Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM.
.
