Pusat Pengajian Teras (PPT) bersama Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Kurikulum (BPPK) CETL telah menganjurkan Sesi Taklimat Penstrukturan Kursus-Kursus Mata Pelajaran Umum (MPU) pada 2 April 2026 (Khamis) di Bilik Mesyuarat Utama Fakulti, Aras 11, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK). Sesi ini dianjurkan dengan objektif untuk menyelaras kursus MPU baharu agar seragam, mematuhi keperluan kurikulum dan standard MQA/MQF 2.0, serta memastikan penjajaran CLO-PLO. Sesi ini turut membincangkan reka bentuk PdP, kaedah pentaksiran dan garis panduan pelaksanaan, di samping mengenal pasti penambahbaikan serta memperkukuh kerjasama antara fakulti bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan kurikulum.