Nilai, 07-08.02.2018 – Seramai 31 orang kakitangan FPQS, Tamhidi, FPBU, PPT telah menghadiri Kursus Pengenalan iNaQ yang telah diadakan di Bilik Seminar FPQS. Kursus selama dua hari ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta berkaitan asas integrasi ilmu naqli & aqli di USIM. Di samping itu dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta tentang kepentingan pelaksanaan integrasi ilmu naqli dan aqli di USIM.
Seramai 6 orang panel jemputan yang berpengalaman telah di jemput termasuk Prof. Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani, Pengarah Pusat Pengembangan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (PIINA) untuk membimbing dan berkongsi ilmu kepada peserta.