Bahagian Inovasi dan e-Pembelajaran (BIeP) telah menganjurkan sesi pitching AKRI peringkat USIM pada 3 dan 4 Julai 2025 (Khamis & Jumaat) di Bilik Mesyuarat CETL, dan Bilik Seminar 1&2 FPSK, melibatkan 11 kumpulan calon . Objektif sesi ini adalah untuk memberi ruang kepada peserta membentangkan produk inovasi pengajaran dan pembelajaran mengikut kategori yang dipilih, sebelum disaring dan dipilih sebagai wakil USIM ke anugerah berkenaan. Pembentangan dinilai berdasarkan rasional, pendekatan atau kaedah pengajaran, keterlibatan pelajar, dan impak atau keberkesanan. Susulan sesi ini, satu bengkel pembangunan portfolio/e-Book akan dianjurkan pada 9 dan 16 Julai 2025 sebelum pencalonan USIM ke AKRI 2025 dihantar melalui sistem SPAKA.

Senarai ketua kumpulan dan tajuk adalah seperti mana berikut:

KATEGORI: Kurikulum Program Pengajian Inovatif

  1. Dr. Sofina binti Tamam (FST)
    Sarjana Muda Teknologi Industri Kesihatan dengan Kepujian
  2. Dr. Lailatun Nazirah binti Ozair (FST)
    Muda Sains dengan Kepujian (Teknologi Kimia Industri)

KATEGORI: Pengajaran Transformatif

  1. Dr. Faezah binti Rokhani (FPg)
    Histo-pictionary
  2. Prof. Madya Dr. Norfadhilah binti Mohamad Ali (ISI)
    Islamic Science Futures in Advancing Realities (ISFAR)

KATEGORI: Pentaksiran Alternatif

  1. Dr. Maziahtusima binti Ishak (FPBU)
    Didik Hibur; drama pendek bahan bantu pengajaran

KATEGORI: Pengalaman Pembelajaran Imersif Teradun (Blended)

  1. Dr. Norsuhaida binti Che Musa (FSU)
    Netizen Ask, The Islamic Family Law Answers: From Social Media to Syariah Solution- An Interactive Legal Learning Showcase
  2. En. Zahari bin Mahad Musa (FSU)
    Celik Faraid

KATEGORI: Pengalaman Pembelajaran Imersif Maya

  1. Dr. Muhamad Firdaus bin Ab Rahman (FSU)
    Makmal Falak
  2. Dr. Wan ‘Iffah binti Wan Ahmad Nizar (FKAB)
    Pengintegrasian AR dan VR dalam Subjek Elektif bagi Menyokong Subjek Teras Melalui Pembelajaran Berasaskan Komuniti

KATEGORI: Pengalaman Pembelajaran Imersif Bersemuka

  1. Prof. Madya Dr. Azira binti Khalil (FST)
    Application and Design of Medical Instrumentation
  2. Prof. Madya Dr. Sakinah binti Ali Pitchay (FST)
    AI-Driven through Cyber Hasanat for Sustainable Digital Communities

Senarai juri adalah seperti mana berikut:

  1. Prof. Madya ChM. Dr. Siti Salhah Othman, Pengarah CETL
  2. Prof. Madya Dr. Najwa Hayaati Mohd Alwi, Timbalan Pengarah BIeP, CETL
  3. Prof. Madya Dr. Noornajihan Ja’afar, Pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah
  4. Dr. Karmila Hanim, Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi
  5. Prof. Madya Dr. Nazefah Abdul Hamid, Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan